Tuesday, November 20, 2018

Integrasi Dan Integrasi Sosial

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan Amalgamasi







Akomodasi
FORMULA --> A + B + C = A + B + C

*a,b,c mewakili budaya setiap etnik 

Setiap kumpulan etnik sedar dan hormat kepada norma dan nilai kumpulan etnik lain tetapi tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing dan hidup secara aman dan harmoni.

Setiap etnik diwakili oleh sistem politik, ekonomi dan pendidikan masing-masing.

Contohnya di Malaysia terdapat etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Dalam sistem politik: 
i) Melayu diwakili oleh PAS, PKR, UMNO
ii) Cina diwakili oleh MCA, DAP, GERAKAN
iii) India diwakili oleh MIC, PPP, IPF



Asimilasi



FORMULA --> A + B + C = A

*a, b, c mewakili etnik berlainan

Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya yang sama menyebabkan berlaku penghapusan penuh perbezaan tersebut.

Kumpulan etnik yang majoriti/dominan akan mendominasi unsur kebudayaan etnik lain, tetapi tidak melibatkan pertukaran agama.

Contoh: Etnik Jawa, baba dan nyonya, cina kelantan

Budaya etnik B dan C (minoriti) hilang dalam budaya A (majoriti) dan membentuk satu budaya sahaja iaitu A.

Contoh: Baba dan Nyonya hidup cara Melayu, makan makanan Melayu, berpakaian Melayu, bertutur bahasa Melayu tetapi agamanya tetap agama Buddha.



Amalgamasi



FORMULA --> A + B = X

*a,b: etnik berlainan, x: budaya/etnik baru yang dilahirkan daripada percampuran a dan b

Proses di mana budaya atau ras bercantum untuk membentuk budaya atau etnik yang baru (e.g. perkahwinan campur)



Akulturasi



Penerimaan unsur kebudayaan asing dalam satu kelompok manusia hingga unsur kebudayaan asing diterima dalam kebudayaan sendiri (usually more than one aspect in a budaya) 

Contoh; pakaian, makanan, bahasa




3 comments:

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Bersama Meor Fazrul (Cikgu Meow)

  Jom tonton Meor Fazrul (Cikgu Meow) bersama Mr. Musashi Kun (Kucing BSH) dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 16 November 2021 (Selasa)....