Friday, December 28, 2018

Pengurusan (Management)

PENGURUSAN
(MANAGEMENT)

Pengurusan adalah proses menggunakan apa yang anda ada {SUMBER}, untuk melakukan apa yang anda mahu lakukan .... {MATLAMAT}

Organisasi dan penyelarasan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Lebih terperinci diberikan oleh George R Terry. Menurut Terry - "pengurusan adalah proses yang berbeza yang merangkumi perancangan, penganjuran, pengaktifan, dan pengendalian aktiviti yang dilakukan untuk menentukan dan menyelesaikan objektif dengan menggunakan orang dan sumber."


Wednesday, December 5, 2018

Prinsip Pengurusan - Pemimpin (Pemimpin) VS Pengurus (Manager)

Ciri-ciri Pemimpin Efektif (Characteristics Of Effective Leadership)

1) Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)
- Ambil tahu perihal dan emosi pekerjanya
- Bantu selesaikan masalah dalaman pekerjanya

2) Berwibawa (Integrity)
- Jujur dengan diri sendiri dan orang lain
- Memainkan wataknya yang telus dan amanah mana saja tak kira orang perhatikan dia atau tidak (Originally Good Person & Responsible)

3) Optimis/ Pemacu (Optimistic/ Drive)
- Dia bawa sekali diri bersama pengikutnya untuk capai gol dan kejayaan

Ringkasan yang boleh kita buat, Pengurus berciri-ciri bertentangan dengan ciri-ciri Pemimpin seperti diatas.

Prinsip Pengurusan - Konsep Kepimpinan (Leadership)

Pemimpin adalah seseorang yang memimpin melalui contoh dan mempunyai integriti untuk melakukan perkara yang betul walaupun ia tidak popular.

Pemimpin yang baik mempunyai pengaruh yang positif terhadap orang lain, memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik. Pemimpin juga seorang contoh model untuk orang lain yang dijadikan acuan pembentukan personaliti dan akhlak dalam kehidupan seharian orang lain.


Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Bersama Meor Fazrul (Cikgu Meow)

  Jom tonton Meor Fazrul (Cikgu Meow) bersama Mr. Musashi Kun (Kucing BSH) dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 16 November 2021 (Selasa)....