Monday, November 15, 2021

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Bersama Cikgu Meow

 


Jom tonton Cikgu Meow bersama Mr. Musashi Kun (Kucing BSH) dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 16 November 2021 (Selasa).

Dijangka slot ini akan bermula anggaran jam 9-10 Pagi secara live dikaca TV anda serentak tayangan dibelakang tabir melalui tiktok @cikgumeow juga!

See yaaaaaa! Salam Meow Meow!

#cikgumeow #mhitv3 #malaysiahariini #tv3 #kpt #mrmusashikun #meorlegacy

Sunday, December 6, 2020

2 Teknik Format Menulis Artikel SEO

 

2 Teknik Format Menulis Artikel SEO Mempengaruhi RankBrain




Dalam penulisan ini saya akan dedahkan 

8 Teknik Menulis Artikel Bagi Meningkatkan Kadar Pembaca Meluangkan Masa di Website.


Hal ini penting supaya mereka mudah masuk tetapi tidak mudah untuk lari keluar.

Malah mereka ulang baca dan ulang tiba.

Masa pelawat di artikel On Page SEO puratanya 5 minit 44 saat.

(Kebanyakkan orang memang takkan baca lebih daripada masa diatas kerana jika terlebih maka mereka akan mula merasa bosan dan keletihan otak)


Teknik yang bakal anda baca di bawah kebanyakannya bagus dan berkesan, jika anda rajin buat tanpa biarkan rasa malas menghantui diri.

Teknik tulis artikel ini tidak memerlukan sebarang tools yang pelik dan ajaib. Sekarang saya perturunkan kepada anda petua rahsia ini. 


Kita mulakan sekarang.



Pasti anda pelik, kenapa nama teknik ini Website Kurus?

Berdasarkan CONTOH 1.0 di bawah, mari kita buat eksperimen.

Selepas eksperimen ini anda akan terus faham apa maksudnya.
Baca Ayat A dan Ayat B.


CONTOH 1.0

Manakah yang lebih mudah dibaca?
A atau B ? ……………

Mestilah "B" betul? Ooooyeeeahhh!

Ok Clever! kita sambung lagi..

Baiklah mari saya jelaskan

Apabila kita membaca, kita baca dari kiri ke kanan. Mata kita bergerak dari kiri ke kanan, satu persatu. Betul?


Apabila ayat pendek seperti dalam contoh Ayat 2, mata kita suka, otak kita cepat tangkap gambaran ayat.

Senang dan tidak tertekan ketika membaca.

Berbeza apabila contoh Ayat 1 yang ditunjukkan, mata kita bekerja keras untuk membacanya, perlu baca dengan teliti dan makan masa untuk faham.

Susah dan boleh wujud tekanan ketika membaca.

Jadi, dalam CONTOH 1.0 diatas, saya hanya tunjukkan contoh ayat-ayat yang masih ditahap pendek, cume yang membezakannya hanyalah ayat kompleks ataupun santai.

Anda boleh fikir dan menilai sendiri, letakan diri anda sebagai pembaca. Kalau ayat pendek seperti Ayat 1 dalam CONTOH 1.0 pun anda sudah rasa tidak seronok ketika membaca, bagaimana kalau sebuah artikel pula yang sudah jamin panjang lebar?

Sekejap, cuba dulu baca ayat panjang pula dalam CONTOH 1.1 di bawah, biar kita rasa sendiri macam mana.

Cuba baca CONTOH 1.1 di bawah ini pula.


CONTOH 1.1

"Eh berapa ramai yang baca CONTOH 1.1 di atas?"
Tak larat kan?

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan dalam teknik pertama iaitu Teknik Website Kurus adalah kuruskan lebar website itu dengan cara membuang segala lemak ayat yang hanya membebankan dan memberatkan sebuah copywriting website itu.

Jangan biarkan lemak ayat sampai jadi obesiti, nanti dah kritikal baru kelam kabut nak kurus. Faham? 

Kelebaran optimum adalah 400-700 pixels. 

Jika kita lihat website Neil Patel dibawah, lebarnya adalah 700 pixels.


WEBSITE NEIL PATEL



Kemudian cuba lihat website Appsumo di bawah pula, lebarnya hanya 570 pixels.


WEBSITE APPSUMO


Bagaimana Nak Kuruskan Website?

Proses ini berbeza mengikut theme yang digunakan, jadi saya tak dapat nak tunjuk langkah demi langkah.

Cuma andai tidak dapat menguruskan lebar website, jangan bimbang.

Guna teknik kedua iaitu Teknik Bukit Bukau.

Tapi sebelum kita sambung lagi!


Urut-urut kepala sikit, ok cukup jom kita sambung ke teknik kedua di bawah.





Sekarang kita akan lakukan sedikit aktiviti.

Lihat teks C dan D. 

Baca C dahulu dan kemudian D.





Sudah?


Sekarang, bayangkan begini...

Letakkan noktah pada awal ayat dan setiap hujung ayat.

Kemudian bina satu garisan yang menyambungkan noktah itu.

Anda akan dapati di teks C, satu bangunan terbentuk.

Manakala di teks D, ada bukit bukau.






Apabila audien baca teks C, lama kelamaan mata audien penat.

Tulisan jenis teks C cenderung jadi panjang. Meleret-leret dan membosankan

"Kenapa bosan?"

Sebab susunannya sama.

Apabila sesuatu itu sama saja, manusia cepat bosan

Berbeza di teks D.
Hujungnya berbeza-beza noktah
Lalu pattern-nya juga berubah-rubah.
Secara diam-diam, audien jadi seronok membaca artikel. 

"Hummm... ada satu perkara saya nak beritahu"

Anda sudah baca sampai ke sini.

Tahniah. 

Artikel ini ditulis menggunakan Teknik Bukit Bukau.


Menarik?

Boleh faham ke tak setakat ni?

Kalau faham dan rasa berguna..

Jom support Facebook Page saya, beri review..

InsyaAllah saya akan kongsi banyak lagi ilmu jika anda terus menyokong saya..







Monday, November 2, 2020

MISTERI TANGISAN 3 PAGI

KISAH CIKGU MEOW DAN MISTERI TANGISAN 3 PAGI


Bila dah semakin sibuk, Cikgu Meow (CM) jarang menulis dan berkongsi kisah, tapi entah kenapa kali ini CM nak kongsi satu kisah benar yang CM rasa semua orang perlu tahu dan ambil iktibar

Tapi sebelum apa-apa berlaku, CM nak beri AMARAN!

JANGAN BACA JIKA TIDAK KUAT!

Sebab anda masih berdegil nak baca, jangan kata CM tak bagi amaran ya, kisah seram sejuk begini memang lain macam kalau baca ketika bersendirian.

Humm nampak gayanya anda betul-betul nak baca juga, baiklah kalau itu yang anda mahu, maka bermulalah KISAH CM DAN MISTERI TANGISAN 3 PAGI...


----------------------------------------->

CM senang cerita memang selalu dijadikan pusat rujukan ramai pihak, selain perihal bisnes, pengurusan, kucing, dan hartanah, kadang masalah peribadi pun orang selesa untuk berkongsi dan dapatkan pandangan daripada saya.

Nak dipendekkan cerita, pada suatu malam, tepat jam 11 malam, ketika CM sedang sibuk meneliti dokumen kewangan syarikat CM, Meor Legacy di bilik rumah CM, CM rasa ada bunyi orang selongkah barang diruang tamu, CM yang bersendirian dirumah memang terkejutlah, CM pun perlahan-lama berjalan dari bilik menuju ke ruang tamu untuk memeriksa apa yang sedang berlaku di ruang tamu.

Keadaan ruang tamu agak gelab, CM cuba meraba dinding mencari suis lampu, tapi tak jumpa-jumpa. Tiba-tiba, ada kelibat lalu dihadapan CM, ianya seolah olah berlari dengan sangat laju, CM cuak dengan pantas menoleh ke kiri melihat arah kelibat itu, lebih memeranjatkan bila CM ternampak kelibat gelap itu seperti makhluk yang berbulu, dengan keadaan yang menggelabah CM segera raba dinding laju-laju sehingga berjaya menghidupkan lampu ruang tamu. Alangkah terperanjatnya apabila dapat tahu kelibat berbulu yang berlari-lari itu adalah Musashi, seekor kucing British Shorthair (BSH) yang CM bela. Huhu

Ok baiklah diatas ini baru pemanas enjin saja, kisah betul belum mula, kali ini serius CM tulis betul-betul. Huhu

Jadi selepas dapat tahu Musashi yang main lari-lari diruang tamu, biasalah kucing BSH memang akan aktif selepas dia bangun dari tidur, jadi CM terus kembali ke bilik dan menghadap laptop, sambung semula tugasan semakan dokumen.

CM yang pada masa itu memang nak siapkan terus kerja tertangguh, terlalu fokus sehingga tak sedar jam sudah mencecah 3 pagi. Sedang asyik buat kerja, tiba-tiba kedengaran nada dering telefon CM yang memang CM khaskan untuk buat bisnes, mulanya CM taknak layan sebab boleh nampak jam 3 pagi takkan nak angkat panggilan, tapi disebabkan panggilan masuk dari nombor yang sama berulang-ulang kali, CM buat keputusan untuk angkat.

saya tak pasti siapa, tetapi ada seorang lelaki yang kemungkinan junior saya atau bekas peserta seminar saya, sebab dia panggil saya Cikgu Meow, maknanya dia memang dah kenal saya, lelaki misteri itu


Bayangkan jam 1 pagi tengah dok fokus urus dokumen kewangan tiba² fon bisnes berbunyi dan bila angkat dengar suara garau menangis, mau menggelupor saya dibuatnya


(BERSAMBUNG ESOK)

Tuesday, December 31, 2019

PEMUDA VIRAL BERCAKAP DENGAN KUCING

PERNAH VIRAL, PEMUDA MAMPU BERCAKAP DENGAN KUCING TAMPIL BERKONGSI CERITA..

Niat jagakan kucing orang kerana teringin nak pegang macam-macam jenis kucing, tapi tak sangka sebaliknya..



Bekas Juruteknik Projek Am, Hotel Ixora dan bekas Pegawai Pemulihan Kredit, RHB Bank, yang berasal dari Seri Manjung, Perak, itu meninggalkan kerjayanya demi minatnya terhadap haiwan peliharaan iaitu kucing.


Cat Behaviorist (Cbr.) Doctor (Dr.) Meor Fazrul atau lebih dikenali sebagai Cikgu Meow, merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah (PTSB) pada tahun 2016 dan kini merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA), meneruskan perjuangan minatnya dengan menjalankan perniagaan sendiri dalam misi melatih dan mendidik kucing di Malaysia.


Pengasas dan pengarah Malaysian Cat School (MYCATS) itu menawarkan modul latihan pendidikan awal dan tingkah laku kepada kucing peliharaan dan juga pemilik kucing itu sendiri yang mana dapat membantu menyelesaikan masalah kucing tertekan dan tingkah laku kucing yang tidak terkawal.


Idea perniagaannya itu mula tercetus dari zaman beliau masih dibangku diploma lagi. Niat awalnya hanya mahu menjaga kucing orang lain demi memenuhi keinginan untuk bermain dengan kucing yang pelbagai baka atau jenis. Namun tidak dijangka apabila seorang pensyarah PTSB yang merupakan pemilik kucing yang dijaganya itu membayarnya wang ringgit yang agak lumayan sebagai tanda penghargaan kerana mendapati bahawa kucing yang telah dijaga beliau mengalami perubahan tingkah laku daripada seekor kucing yang liar pulang menjadi kucing yang manja dan tidak lagi berak merata. Peristiwa ini menyebabkan bakat terpendam yang dimiliki beliau itu menjadi buah mulut orang dan tular dilaman sosial sekitar tahun 2015.


Cikgu Meow merupakan nama yang dipanggil oleh kebanyakan bekas pelajarnya sendiri kerana kepakarannya yang mampu mengajar kucing, berkomunikasi denagn kucing dan mampu mentafsir pelbagai jenis bahasa isyarat yang ditonjolkan oleh kucing.

"Sebenarnya kucing lebih bijak dari kita, cume kita yang tak bijak berinteraksi dengan mereka", kata Cikgu Meow dalam satu temubual Radio Televisyen Malaysia (RTM) Selangor FM baru-baru ini. 

Beliau berkongsikan kisah mengenai tingkahlaku kucing apabila mereka mahu berkomunikasi dengan manusia dan kehidupan disekelilingnya, salah satu cara mudah untuk kenalpasti perkara tersebut adalah memerhatikan pergerakan dibahagian ruangan misai kucing itu, kerana ianya juga memiliki maksudnya yang tersendiri.


"Apabila kita nampak misai mereka mula menghala ke arah kita, berhati-hatilah kerana mereka sedang berada di posisi bersedia untuk memulakan langkah luar jangkaan terhadap diri kita", kata Cikgu Meow bagi menjawab soalan yang diajukan oleh DJ Yuyui ketika di Konti Selangor FM.

Beliau juga dikatakan mampu memahami emosi dan keadaan sesetengah kucing itu dengan hanya melihat kearah matanya dan bercakap dengan mereka. Kepakaran yang dimiliki beliau itu mirip seperti kepakaran yang dimiliki oleh Cat Communicator Sonya Fitzpatrick, Professional Animal Psychic Laura Stinchfield dan Cat Behaviorist Jackson Galaxy. Apa yang membezakan Cikgu Meow dengan nama-nama diatas hanyalah beliau merupakan anak muda Malaysia pertama yang berjaya mencipta nama dalam bidang psikologi kucing dan membanggakan Malaysia sehingga ke pringkat antarabangsa.

Cikgu Meow juga merupakan pemegang sijil profesional "Cat Behavior Consultant" dari International Association of Animal Behavior Consultants, United States (IAABC) yang secara tidak langsung menjadikan beliau sebagai pemegang anugerah pengiktirafan Cat Behaviorist (Cbr.) pertama di Malaysia.

Namun beliau menegaskan bahawa sijil itu hanyalah kertas, gelaran itu hanyalah hadiah, jika seseorang itu betul-betul minat dan sayangkan kucing, tidak perlu tunggu diri memiliki anugerah, cukuplah dengan niat nak tambah ilmu dari orang yang berpengalaman dan amalkan ilmu yang dipelajari untuk kebaikan si comel diluar sana.


#lelakiviralkucing #pemudaviralbercakapdengankucing #cikgumeow #meorfazrul #catbehavioristmeorfazrul #selangorfm #cikgukucing #sekolahkucing #mycats #catschool

Sunday, December 1, 2019

Segmen Nak Tanya Apa? Radio Nasional FM Kali Ni Bersama Cikgu Meow !!

Meor Fazrul Cikgu Meow On Air Lagi Guys!!


Tajuk: Kucing Gelandangan
2 November 2019 (Isnin) | 5:30-6:00 Petang
Jemput dengar radio Nasional FM atau tonton FB Live Nasional FM

Wednesday, October 23, 2019

DIARI SEORANG LELAKI MISKIN



Diari ini ditulis oleh seorang pemuda miskin yang ingin mengubah taraf kehidupannya demi memastikan dirinya mampu membahagiakan seorang gadis yang disayanginya.

Bertahun-tahun usahanya itu tanpa ada rasa lelah untuk menaik taraf kehidupannya, ada naik turun, dan ada pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi.

Namun usahanya itu memakan tahun begitu juga usia dirinya dan juga gadis itu. Sehinggalah suatu hari dia merasakan seperti keadaan tidak lagi seperti dulu.

Dulunya lelaki miskin itu sering tersenyum disaat memikirkan gadis itu kerana ianya seakan-akan pengubat dan pelengkap segala kekurangan dirinya. Disaat dia perlukan tempat berkongsi cerita, gadis itu sentiasa ada untuk memberi semangat dan nasihat positif. Disaat dia merasa sedih dan kecewa, gadis itu ada untuk menceriakannya. Disaat dia merasa marah dan tertekan, gadis itu ada untuk menenangkannya. Dan disaat dia terlupa dan alpa, gadis itu ada untuk mengingatkannya dan membantunya kembali ke jalan yang lurus.

Secara tidak sengaja lelaki miskin itu telah jatuh cinta kepada gadis itu kerana sikapnya yang terlalu prihatin terhadapnya. Gadis itu telah banyak mengubah hidupnya dari seorang lelaki miskin yang gagal kepada seorang lelaki yang bermatlamat besar sehinggalah lelaki itu membuat keputusan untuk memulakan sebuah perniagaan kecil demi mencapai cita-citanya untuk mengubah hidupnya dan berkongsi kebahagiaannya bersama gadis itu. Lelaki miskin ini bertekat untuk mula ambil berat terhadap gadis itu tetapi dengan cara yang berbeza iaitu mengorbankan tenaganya demi membina masa hadapan untuk gadis itu.

Namun setelah bertahun lamanya, apa yang bermain dalam minda lelaki itu adalah adakah gadis itu mampu faham dan mampu menunggu usahanya yang makan tahun itu?

Hampir 5 tahun berlalu dari tarikh perkenalan mereka. Ketika ini lelaki itu sudah berjaya membina legasi perniagaannya dari tahap kecil kepada sederhana. Tetapi lelaki itu merasakan semakin maju usahanya itu, semakin tidak bahagia jiwanya. Saban hari lelaki itu sering dihantui rasa tidak tenteram. Hatinya seakan-akan ingin meluahkan rasa rindu yang teramat kepada seseorang namun apabila diluahkan kepada gadis itu ianya seperti tidak kesampaian dan seolah-oleh tersalah orang.

Hari demi hari, lelaki itu cuba muhasabah diri dan berfikir dimana silapnya sehingga timbul masalah ini lalu bertanya pada diri sendiri adakah dia sudah tidak lagi cintakan gadis itu? Dia sering melihat semula gambar-gambar lama dirinya bersama gadis itu lalu tersenyum dan yakin bahawa dirinya masih dan teramat cintakan gadis itu lebih dari nyawanya sendiri, tetapi tanda tanya mula timbul mengapa rindunya itu tidak terluah kepada gadis itu.

Setelah sekian lama lelaki itu cuba mencari jawapan. Lelaki itu mula sedari bahawa gadis yang dia cintai itu masih ada tetapi gadis yang dia rindui itu sudah lama tidak kelihatan, gadis itu telah hilang dari pandangannya kerana gadis itu sudah berubah dan tidak lagi seperti dulu. Asal usul lelaki itu mula jatuh hati kepada gadis itu adalah kerana sikapnya yang sangat prihatin tentang dirinya. Apabila sikap itu secara perlahan-lahan hilang, ianya seperti separuh dari jiwanya telah hilang dibawa pergi jauh, pergi bersama cinta lelaki itu dan yang tinggal hanyalah kenangan.

Lelaki itu sangat rindukan sikap gadis itu yang dahulunya berbanding kini yang tidak lagi mesra dan terlalu ego. Ianya seolah-olah tidak pernah nampak yang dirinya juga kadang kala memiliki kesilapan dan hanya nampak bahawa lelaki itu sebagai seorang pesalah atas segala kesilapan yang terjadi. Apabila berlaku masalah, gadis itu tidak lagi mencari jalan penyelesaian, tetapi mencari salah lelaki itu, berbeza dengan dulunya, masing-masing mengaku kesilapan dan terus cari jalan penyelesaian. Setiap isu yang berlaku kerap kalinya lelaki itu yang meminta maaf seperti pemberatan salah hanya ditanggung oleh dirinya seorang.

Lelaki itu amat merindui saat dulu, dimana kedua belah pihak saling melindungi sesama sendiri, saling menceriakan sesama sendiri dan saling memahami sesama sendiri.

Namun lelaki itu tidak pernah putus asa, kerana sayang dan rindu, lelaki itu masih kekal menyebut nama gadis itu disetiap doanya dengan harapan hubungan mereka dapat dipulihkan seperti dulu.

Maka lelaki itupun berhasrat untuk menulis sepucuk surat yang mengandungi 5 pesanan dengan harapan dirinya dan gadis itu dapat jadikan bekalan atau panduan yang berguna dalam hidup mereka suatu hari nanti.

Genap 28 Oktober 2019, iaitu hari lahir gadis itu yang ke 23, surat itu dikirimkan bersama bunga, telekung dan mikrofon sebagai hadiah hari lahir gadis itu oleh seseorang yang dibayar upah oleh lelaki itu sebagai tanda kenangan. Telekung itu diberi sebagai simbolik hidayah (petunjuk) supaya setiap kali gadis itu solat akan mengingati Allah dan setiap kali menggunakan telekung itu akan mengingati lelaki itu. Mikrofon atau alat pembesar suara pula sebagai simbolik tanggungjawab sudah semakin besar dan tanda tahniah kerana gadis itu bakal melapor diri sebagai guru tidak lama lagi.

Surat itu telah ditulis pada 3 Oktober 2019 yang lalu yang mana tarikh itu sengaja dipilih oleh lelaki itu demi memperingati hari ulang tahun hari pertama mereka kenal pada 3 Oktober 2014 yang lalu, dan disimpan surat itu sehingga 28 Oktober 2019. Didalam surat itu mengandungi ayat seperti ini:

"Saya Akui Yang Saya Tiada Harta Yang Banyak, Tiada Kereta Yang Mewah, Tiada Rumah Yang Besar Dan Tiada Kerjaya Yang Hebat Untuk Dihadiahkan Kepada Awak, Tapi Apa Yang Saya Mampu Beri Hanyalah 5 Pesanan Yang Mungkin Berguna Untuk Awak Rujuk Suatu Hari Nanti

Pesanan 1: Ingatlah, Walau Apapun Masalah Yang Menimpa Diri Jangan Cepat Menunding Jari Kerana Setiap Masalah Yang Berlaku Sebenarnya Berpunca Dari Kelemahan Semua Pihak,  Buktinya Manusia Dicipta Tiada Yang Sempurna. Jadi Untuk Menyelesaikan Sesuatu Masalah Itu, Janganlah Cari Kesalahan Orang Lain Tetapi Carilah Kesalahan Diri Sendiri Dulu Lalu Mengakui, Meminta Maaf Dan Mencari Jalan Penyelesaian. Meskipun Kesalahan Yang Dilakukan Kita Hanya Sekecil Kuman Jika Dibanding Orang Lain Namun Jika Yang Kecil Itu Dibiarkan Dan Tidak Diperbaiki Nescaya Masalah Itu Akan Berulang Lagi, Terhimpun Dan Semakin Besar Lalu Menjadi Racun Dalam Hati.

Pesanan 2: Sehebat Mana Pun Kita Nanti Jangan Pernah Meninggi Diri, Kerana Sebelum Kita Menjadi Seorang Yang Hebat Ada Ramai Orang Yang Tidak Hebat Pernah Berkorban Masa, Wang Dan Tenaga Demi Menyokong Dirimu Dalam Proses Menjadi Seorang Yang Hebat.

Pesanan 3: Jadilah Diri Sendiri, Jangan Pernah Mengeluh Melihat Kebahagiaan Orang Lain, Dan Jangan Cemburu Dengan Kesenangan Orang Lain Kerana Setiap Orang Allah Sudah Tentukan Rezeki Dan Kebahagiaan Tersendiri Dan Ianya Berbeza-beza. Yang Membezanya Hanya Bersyukur Atau Tidak Bersyukur Saja. Yang Paling Penting Jadi Diri Sendiri Dan Jangan Mudah Termakan Hasutan Orang Lain.

Pesanan 4: Setiap Perkara Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah, Manusia Tidak Akan Belajar Dan Membesar Tanpa Pengalaman. Sesungguhnya Benar Kata Orang Tua-tua, Pengalaman Mendewasakan Kita.

Pesanan 5: Mungkin Orang Zaman Sekarang Ramai Sudah Hidup Senang, Jadi Ada Setengah Orang Berkata Zaman Sekarang Dengan Adanya Wang Kita Sudah Mampu Membeli Kebahagiaan, Tetapi Hakikatnya Wang Itu Tidak Akan Pernah Cukup Untuk Membeli Sebuah Kenangan.

Happy Birthday,


03 OKTOBER 2019
DIARI SEORANG LELAKI MISKIN

Thursday, May 2, 2019

NGO Yang Membantu Usahawan

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Yang Membantu Usahawan - Rangkaian Perniagaan Perindustrian
  1. Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM)
  2. Dewan Perniagaan & Perindustrian Kadazandusun
  3. Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)
  4. Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera
  5. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia
  6. Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA)
  7. Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM)
  8. Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
  9. Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
  10. Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
  11. Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM)
  12. Persatuan Wanita Bumiputera di Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (PENIAGAWATI Malaysia)
  13. Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA)
  14. Persatuan Pengusaha Industri-Industri Bengkel Malaysia (PPIBM)
  15. Persatuan Pengusaha Kayu Kayan Dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA)
  16. Persatuan Usahawan Dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF)
  17. Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)
  18. Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM)
  19. Persatuan Perunding Jurukur Bahan Melayu Malaysia (PPJUBM))
  20. Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
  21. Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia (PPHBM)
  22. Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT)
  23. Persatuan Pengilang Bahan Binaan Bumiputera Malaysia (PERBINA)
  24. Persatuan Jaringan Bisnes Muslim Malaysia (MUBIN)
  25. Persatuan Pengilang, Pembekal, Kontraktor, Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal, ICT Melayu dan Bumiputera Malaysia (PERKEM)
  26. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)
  27. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM)
  28. Women Entrepreneur Network Association Malaysia (WENA)
  29. Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS)
  30. Dayak Chamber of Commerce and Industry, Sarawak (DCCI)

Wednesday, April 24, 2019

Meor Fazrul Cikgu Meow On Air

Meor Fazrul Cikgu Meow On Air You All!!



Jemput dengar radio Selangor FM 100.9 atau tonton FB Live SelangorFM 100.9

Sunday, April 14, 2019

The Reason Why People Call MEOR FAZRUL As CIKGU MEOW

My real name is Meor Muhamad Fazrul Adly Bin Meor Fuad. I am a Perakian, hey who's from Perak here? Well since I was a child, I have the ability to spoke with cats.

I can understand what most of cat languages, and cats also can easily understand me. But before I go to far. Let's read about my introduction.

Okey, actually if you google my name you will see Google result shows you two different name of me. Because some people call me as Meor Fazrul but some people call me as Cikgu Meow.

I am the Only Malaysian Youngster who has been awarded a professional certificate that is International Association Of Animal Behavior Consultants (IAABC) Professional Certification of Cat Behavior Consultant from United States.

I can understand cat language, and I can communicate with cats. I am one of the youngest cat trainer in Malaysia ...

Okey next...


My mission is to change the future. I want to see a future full of people who love cats with a lot and reduce the number of stray cats. I started my mission by interact with young people. I organize events and campaigns that can give exposure to youngsters to love and pet a cat. I believe in the future, those youngsters will have their own family and their own children.




So, this attitude, that love to do good for cats, should start now from adolescence, because today youngsters are our tomorrow leaders. I'm sure if future leaders that love cats, can persuade future generations to love cat too.

I strongly believe on that fact, and I always hope that this dream will become true one day... How about you, do you agreed with me?




Friday, December 28, 2018

Pengurusan (Management)

PENGURUSAN
(MANAGEMENT)

Pengurusan adalah proses menggunakan apa yang anda ada {SUMBER}, untuk melakukan apa yang anda mahu lakukan .... {MATLAMAT}

Organisasi dan penyelarasan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Lebih terperinci diberikan oleh George R Terry. Menurut Terry - "pengurusan adalah proses yang berbeza yang merangkumi perancangan, penganjuran, pengaktifan, dan pengendalian aktiviti yang dilakukan untuk menentukan dan menyelesaikan objektif dengan menggunakan orang dan sumber."


Wednesday, December 5, 2018

Prinsip Pengurusan - Pemimpin (Pemimpin) VS Pengurus (Manager)

Ciri-ciri Pemimpin Efektif (Characteristics Of Effective Leadership)

1) Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)
- Ambil tahu perihal dan emosi pekerjanya
- Bantu selesaikan masalah dalaman pekerjanya

2) Berwibawa (Integrity)
- Jujur dengan diri sendiri dan orang lain
- Memainkan wataknya yang telus dan amanah mana saja tak kira orang perhatikan dia atau tidak (Originally Good Person & Responsible)

3) Optimis/ Pemacu (Optimistic/ Drive)
- Dia bawa sekali diri bersama pengikutnya untuk capai gol dan kejayaan

Ringkasan yang boleh kita buat, Pengurus berciri-ciri bertentangan dengan ciri-ciri Pemimpin seperti diatas.

Prinsip Pengurusan - Konsep Kepimpinan (Leadership)

Pemimpin adalah seseorang yang memimpin melalui contoh dan mempunyai integriti untuk melakukan perkara yang betul walaupun ia tidak popular.

Pemimpin yang baik mempunyai pengaruh yang positif terhadap orang lain, memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik. Pemimpin juga seorang contoh model untuk orang lain yang dijadikan acuan pembentukan personaliti dan akhlak dalam kehidupan seharian orang lain.


Wednesday, November 28, 2018

Prinsip Pengurusan - The Major Leadership Theories

The Major Leadership Theories



1. "Great Man" Theories
(Keyword: Born To Be A Great Leader, Tawarkan Diri)

- CONTOH 1: Ketika perjumpaan kelas BFM1 diadakan bagi mencadang, melantik dan membentuk carta organisasi kelas, Penasihat Akademik membuka ruang untuk pelajar kelas BFM1 mencadang calon ketua kelas tetapi tiba-tiba, Ali seorang pelajar kelas itu bangun nak cadangkan dan tawarkan dirinya untuk menjadi ketua kelas itu lalu mendapat persetujuan majoriti kelas maka Ali dilantik menjadi ketua kelas BFM1.
- CONTOH 2: Madaline dan Shamsul adalah juruteknik yang ditugaskan menyelenggara kemudahan elekrik di sebuah Hotel, pada suatu hari itu ketika mereka berdua sedang membaik pulih lampu yang rosak di tempat letak kereta Hotel, mereka ternampak Encik Ali iaitu majikan sedang mengangkat banyak barang keluar dari keretanya, Madaline secara sukarela tawarkan diri tanpa diminta untuk pergi tolong Encik Ali angkat barang, manakala Shamsul tawarkan diri untuk bantu Madaline siapkan saki baki kerja membaik pulih lampu rosak itu. Ini membuktikan berdua pengamal teori Pemimpin jenis Great Man.


2. Trait Theories
(Keyword: Born To Be A Genius Leader, Care, Prihatin, Berkorban, Sebab Dia Paling Kreatif Jadi Ideanya Itu Membuatkan Dia Perlu Jadi Pemimpin, Dilahirkan Terus Bijak Dan Tahu Memimpin Seperti Sudah Berpengalaman Lama Dalam Bidang Kepimpinan)
- CONTOH 1: Syahin seorang tukang paip upahan, ramai pelanggan suka memanggil Syahin untuk datang baiki paip yang rosak di rumah mereka kerana servis yang Syahin tawarkan berharga murah kerana menggunakan barang kitar semula sahaja. Niat Syahin membuat perniagaan itu adalah untuk bantu orang yang mahu baiki paip tetapi memiliki peruntukan kewangan yang sikit, dengan cara menggunakan barang kitar semula dan kreativiti diri, Syahin kini mampu menyelesaikan banyak masalah kerosakan paip yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan kos yang tinggi.


3. Contingency Theories
(Keyword: Spare, Perkara Diluar Jangkaan, Terpaksa, Terdesak, Tiada Pilihan, Menawarkan Diri Berdasarkan Situasi Yang Mendesak)

- CONTOH 1
: Situasi ini berlaku ketika di medan peperangan, semua ketua perang sudah mati dan pasukannya hampir tewas, hanya tinggal anak buah sahaja, salah seorang daripada anak buah itu terpaksa jadi ketua baru untuk memimpin pasukannya untuk selamatkan diri dari serangan musuh dan merangka rancangan untuk keluar dari medan perang lalu berlindung ditempat yang selamat. Anak buah yang mengetuai pasukan itu memiliki teori Pemimpin jenis ini.


4. Transactional Theories

(Keyword: Exchange Theories, Menjanjikan Ganjaran Jika Capai Sesuatu, Denda Kalau Tak Patuh Sesuatu)


- CONTOH 1
: Pensyarah menjanjikan pelajarnya lulus subjeknya jika siapkan tugasan serta menuruti peraturan kelasnya. Jika gagal turuti peraturan kelasnya seperti hadir lewat ke kelas, pelajar itu akan diberi arahan untuk keluar dari kelasnya. Ini dapat memotivasikan pelajarnya agar memberi fokus dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu serta memberi komitmen yang besar untuk kuasai subjek yang diajar pensyarah itu.
- CONTOH 2: Coach Izzul seorang jurulatih bola sepak, Izzul menjanjikan kemenangan untuk pasukan bola sepak JDT sekiranya para pemain pasukan bola sepak JDT itu mengikuti semua latihannya dan memberi kerjasama yang padu terhadap pimpinannya. Sekiranya pasukan itu gagal memenuhi kehendak dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Izzul, Izzul berkata bukan sahaja tiada sebarang pencapaian buat pasukan itu malah denda berjoging tanpa rehat selama 2 jam akan turun dikenakan sebagai hukuman untuk pasukan itu. Secara tidak langsung pasukan JDT dapat memotivasikan diri untuk berlatih bersungguh-sungguh dan menuruti aturan Izzul lalu memenangi banyak perlawanan bola sepak.




5. Behavioral Theories
(Keyword: Berdasarkan Sikapnya, Kepimpinan Yang Melibatkan Perubahan Sikap, Fokus Kepada Antara Hasil Kerja Atau Nilai Kemanusiaan)

i) OCTOCRATIC (Kuku Besi: If I Want "X" You Have To Produce "X" No Excuse, Tak Nak Ambil Tahu Hal Lain Selain Kerja)
- CONTOH: Puan Nurul seorang majikan yang sangat lembut dan boleh dirunding, tetapi suatu hari itu Nurul tegas dan tidak berlembut dengan pekerjanya Ali kerana melakukan kesilapan, Ali meminta maaf dan cuba jelaskan punca kesilapan yang berlaku, Nurul tidak mahu dengar apa jua alasan lalu meminta Ali menyiapkan kerjanya semula hari ini juga.

ii) DEMOCRATIC (Boleh Dipertimbangkan)
- CONTOH: Mr. Kuhan adalah majikan sebuah syarikat servis Penyelenggaraan Umum yang sangat ramah, pada suatu hari Shafiq jurutekniknya selesai kerja awal lalu berborak dengan Kuhan, secara tidak sengaja Shafiq melafaskan kata "Bosan pula kerja habis awal", lalu secara pantas Kuhan yang tenang memberi Shafiq tugas tambahan untuk Shafiq siapkan.

iii) LEASURE-FAIR (Tak Kisahlah Apa Nak Jadi, Janji Siap Kerja)
- CONTOH: Adib seorang Pegawai atasan Pejabat Tanah, Adib meminta pembantunya Syahmi menghantar sebuah dokumen penting kepadanya pada esok hari iaitu Khamis, namun Syahmi terlepas pandang lalu terlupa hantar dan menghantar dokumen itu lewat sehari iaitu Jumaat. Dengan tenang Adib menerima dokumen itu tanpa sebarang isu berlaku dan mengangap tugasnya itu sudah selesai.

Prinsip Pengurusan - Pengambilan (Recruitment) VS Pemilihan (Selection)

Prinsip Pengurusan

Pengambilan / Pengumpulan Pekerja (Recruitment)
VS
Pemilihan / Senarai Akhir Tapisan (Selection)


DEFINISI PENGAMBILAN (RECRUITMENT)

Pengambilan merupakan proses Menarik / Mengumpul dan Memberitahu akan kehendak organisasi untuk mengisi kekosongan jawatan dalam sesuatu organisasi yang boleh dimohon oleh calon penjawat bagi jawatan yang bersesuaian dan calon penjawat yang terbaik daripada yang terbaik serta layak dari segi memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan dalam Deskripsi Kerja dan Spesifikasi Kerja.

Secara ringkasnya Pengambilan ini bertujuan untuk Mengumpul dan Menapis calon temuduga yang ingin mengisi kekosongan jawatan di sesebuah organisasi yang memerlukannya. Perkara ini kebiasaannya dilakukan dalam sesi Temuduga Pertama antara Pengurus Tahap Pertengahan sebagai penemuduga dengan para calon temuduga dalam Senarai Tapisan Awal.





DEFINISI PEMILIHAN (SELECTION)

Pemilihan merupakan proses Memilih / Menentukan calon yang layak dan akan dipilih untuk menjadi pekerja atau pasukan atau sebahagian daripada sesuatu organisasi itu.

Secara ringkasnya Pemilihan ini bertujuan untuk Memilih Senarai Tapisan Akhir calon temuduga yang ingin mengisi kekosongan jawatan di sesebuah organisasi yang memerlukannya. Perkara ini kebiasaannya dilakukan dalam sesi Temuduga Kedua dan Selanjutnya antara Pengurus Tahap Tertinggi sebagai penemuduga dengan para calon temuduga dalam Senarai Tapisan Akhir.

Prinsip Pengurusan - Definisi Penjawatan / Pengambilan Kakitangan (Staffing)



Prinsip Pengurusan
Definisi Penjawatan / Pengambilan Kakitangan (Staffing)
Image result for staffing

Pengambilan Pekerja / Penjawatan (Staffing) adalah sebuah fungsi pengurusan pekerja / pasukan yang melibatkan struktur organisasi melalui Pengambilan, Pemilihan dan Pembangunan yang betul dan berkesan untuk mengisi peranan yang diberikan kepada tenaga kerja / pekerja.
"Pengambilan Pekerja / Penjawatan berkaitan dengan Pengambilan (Recruitment), Pemilihan (Selection), Pembangunan (Development) dan Pampasan Bawahan (Compensation of Subordinates)." - Theo Haimann
"Pengambilan Pekerja / Penjawatan adalah fungsi di mana pengurus membina organisasi melalui Pengambilan (Recruitment)Pemilihan (Selection), Penempatan (Placement), dan Pembangunan (Development) individu sebagai pekerja yang berkebolehan." - McFarland
Pengambilan Pekerja / Penjawatan juga boleh didefinisikan dengan sesuatu proses memenuhi kekosongan posisi jawatan dalam organisasi dari kalangan calon penjawat yang dapat memenuhi Spesifikasi Kerja (Job Specification) atau syarat kelayakannya serta memahami dan mampu melaksanakan kerja seperti dalam Deskripsi Kerja (Job Description) atau skop tanggungjawab kerja jawatan yang dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh sesuatu organisasi.

Pengambilan Pekerja / Penjawatan juga boleh dikatakan sesuatu proses mencari dan mencukupkan kekosongan jawatan dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan langkah Pengambila(Recruitment), Pemilihan (Selection) dan Penempatan (Placement) / Menawarkan Jawatan (Position Offer).

Image result for staffing

Pengambilan Pekerja / Penjawatan juga boleh dianggap sebagai salah satu Fungsi Pengurusan yang penting yang terlibat dalam membina organisasi manusia. Dalam Pengambilan Pekerja, pengurus mencabar untuk mencari orang yang tepat untuk setiap pekerjaan. Kakitangan membetulkan tanggungjawab pengurus untuk merekrut dan memastikan bahawa terdapat tenaga kerja yang mencukupi untuk mengisi pelbagai jawatan yang diperlukan dalam organisasi. Pengambilan kakitangan melibatkan pemilihan dan latihan pengurus masa depan dan sistem ganjaran yang sesuai. Kakitangan mungkin tidak boleh dilakukan sekali dan untuk semua, kerana orang sering pergi, mendapat dipecat, bersara. Selalunya juga, transformasi dalam organisasi menghasilkan kedudukan baru, dan ini mesti diisi.


Leadership Theory - Mark Zuckerberg



Mark is responsible for setting the overall direction and product strategy for the company. He leads the design of Facebook's service and development of its core technology and infrastructure.

“Understanding people is not a waste of time.”
—Mark Zuckerberg

Image result for mark zuckerberg

Mark Zuckerberg illustrates the transformational leadership style in action. He is described as encouraging and aggressive. A person who always demands constant innovation and growth, he loves debates and challenges. He uses all 3 styles of leadership (autocratic, democratic, and laissez-faire). He commands his employees to do their assigned work but also constantly asks for feedback from everybody. He believes in his employees and treats them equally. Some reasons why his employees love him are:

  • He is Throwing Away Traditional Hierarchies: Rather than slotting people into roles based on age and experience, everyone’s ideas are valued in clear and obvious ways.
  • He is Removing Barriers: Part of doing away with hierarchies is breaking down the barriers between executives and other employees. Zuckerberg’s office has glass walls. 
  • He has Legitimacy: He single-handedly took an idea and using his own skills and savvy he turned it into an empire. He changed the way we stay connected with each other
  • He has a Clear Vision: Mark Zuckerberg’s life’s ambition is to create a more open and connected world and his commitment to that goal is unwavering.
  • He is fearless: Whether or not his employees agree with his decisions, Zuckerberg has the courage to act and the intelligence to back up his decisions
  • He Ignores Pointless Workplace Traditions: Zuckerberg shows respect for his employees by measuring the quality of their work, not by nitpicking the way they dress or decorate their desks. The CEO himself regularly wears jeans and hoodies to work, setting the example that it is the work that matters, not the minutiae.
  • He Gives Out Perks: It is hard to bash a boss who provides free lunches and a relaxed work environment. Being able to de-stress without leaving your workplace is a luxury that not many employees have.
  • He Empowers Employees: Employees at Facebook are able to act in creative ways outside the confines of bureaucracy and tradition that exist at many other larger companies. It is a difficult thing to run a company with thousands of employees in a way that maintains adaptability at the individual level.
  • He is Deeply Involved: Give most people $33 billion and you will have a very hard time getting them to ever show up at work again. The fact that Mark Zuckerberg remains so engaged and deeply involved with the vision and operations of Facebook demonstrates that he is not in it for the money, he legitimately wants to change the world.
  • He Communicates and is Available: The “Zuck Reviews” described way back at bullet number one of this article speak to Zuckerberg’s commitment to effective and regular communication. Zuckerberg stays engaged without micro-managing, the trademark of a great leader.
Despite all these strengths he has weaknesses like any other CEO.
One of his weaknesses that he is aware of is that sometimes he doesn't consult with his board before he makes decisions.

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Bersama Cikgu Meow

  Jom tonton Cikgu Meow bersama Mr. Musashi Kun (Kucing BSH) dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 16 November 2021 (Selasa). Dijangka slot...