Wednesday, October 23, 2019
DIARI SEORANG LELAKI MISKIN
Diari ini ditulis oleh seorang pemuda miskin yang ingin mengubah taraf kehidupannya demi memastikan dirinya mampu membahagiakan seorang gadis yang disayanginya.
Bertahun-tahun usahanya itu tanpa ada rasa lelah untuk menaik taraf kehidupannya, ada naik turun, dan ada pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi.
Namun usahanya itu memakan tahun begitu juga usia dirinya dan juga gadis itu. Sehinggalah suatu hari dia merasakan seperti keadaan tidak lagi seperti dulu.
Dulunya lelaki miskin itu sering tersenyum disaat memikirkan gadis itu kerana ianya seakan-akan pengubat dan pelengkap segala kekurangan dirinya. Disaat dia perlukan tempat berkongsi cerita, gadis itu sentiasa ada untuk memberi semangat dan nasihat positif. Disaat dia merasa sedih dan kecewa, gadis itu ada untuk menceriakannya. Disaat dia merasa marah dan tertekan, gadis itu ada untuk menenangkannya. Dan disaat dia terlupa dan alpa, gadis itu ada untuk mengingatkannya dan membantunya kembali ke jalan yang lurus.
Secara tidak sengaja lelaki miskin itu telah jatuh cinta kepada gadis itu kerana sikapnya yang terlalu prihatin terhadapnya. Gadis itu telah banyak mengubah hidupnya dari seorang lelaki miskin yang gagal kepada seorang lelaki yang bermatlamat besar sehinggalah lelaki itu membuat keputusan untuk memulakan sebuah perniagaan kecil demi mencapai cita-citanya untuk mengubah hidupnya dan berkongsi kebahagiaannya bersama gadis itu. Lelaki miskin ini bertekat untuk mula ambil berat terhadap gadis itu tetapi dengan cara yang berbeza iaitu mengorbankan tenaganya demi membina masa hadapan untuk gadis itu.
Namun setelah bertahun lamanya, apa yang bermain dalam minda lelaki itu adalah adakah gadis itu mampu faham dan mampu menunggu usahanya yang makan tahun itu?
Hampir 5 tahun berlalu dari tarikh perkenalan mereka. Ketika ini lelaki itu sudah berjaya membina legasi perniagaannya dari tahap kecil kepada sederhana. Tetapi lelaki itu merasakan semakin maju usahanya itu, semakin tidak bahagia jiwanya. Saban hari lelaki itu sering dihantui rasa tidak tenteram. Hatinya seakan-akan ingin meluahkan rasa rindu yang teramat kepada seseorang namun apabila diluahkan kepada gadis itu ianya seperti tidak kesampaian dan seolah-oleh tersalah orang.
Hari demi hari, lelaki itu cuba muhasabah diri dan berfikir dimana silapnya sehingga timbul masalah ini lalu bertanya pada diri sendiri adakah dia sudah tidak lagi cintakan gadis itu? Dia sering melihat semula gambar-gambar lama dirinya bersama gadis itu lalu tersenyum dan yakin bahawa dirinya masih dan teramat cintakan gadis itu lebih dari nyawanya sendiri, tetapi tanda tanya mula timbul mengapa rindunya itu tidak terluah kepada gadis itu.
Setelah sekian lama lelaki itu cuba mencari jawapan. Lelaki itu mula sedari bahawa gadis yang dia cintai itu masih ada tetapi gadis yang dia rindui itu sudah lama tidak kelihatan, gadis itu telah hilang dari pandangannya kerana gadis itu sudah berubah dan tidak lagi seperti dulu. Asal usul lelaki itu mula jatuh hati kepada gadis itu adalah kerana sikapnya yang sangat prihatin tentang dirinya. Apabila sikap itu secara perlahan-lahan hilang, ianya seperti separuh dari jiwanya telah hilang dibawa pergi jauh, pergi bersama cinta lelaki itu dan yang tinggal hanyalah kenangan.
Lelaki itu sangat rindukan sikap gadis itu yang dahulunya berbanding kini yang tidak lagi mesra dan terlalu ego. Ianya seolah-olah tidak pernah nampak yang dirinya juga kadang kala memiliki kesilapan dan hanya nampak bahawa lelaki itu sebagai seorang pesalah atas segala kesilapan yang terjadi. Apabila berlaku masalah, gadis itu tidak lagi mencari jalan penyelesaian, tetapi mencari salah lelaki itu, berbeza dengan dulunya, masing-masing mengaku kesilapan dan terus cari jalan penyelesaian. Setiap isu yang berlaku kerap kalinya lelaki itu yang meminta maaf seperti pemberatan salah hanya ditanggung oleh dirinya seorang.
Lelaki itu amat merindui saat dulu, dimana kedua belah pihak saling melindungi sesama sendiri, saling menceriakan sesama sendiri dan saling memahami sesama sendiri.
Namun lelaki itu tidak pernah putus asa, kerana sayang dan rindu, lelaki itu masih kekal menyebut nama gadis itu disetiap doanya dengan harapan hubungan mereka dapat dipulihkan seperti dulu.
Maka lelaki itupun berhasrat untuk menulis sepucuk surat yang mengandungi 5 pesanan dengan harapan dirinya dan gadis itu dapat jadikan bekalan atau panduan yang berguna dalam hidup mereka suatu hari nanti.
Genap 28 Oktober 2019, iaitu hari lahir gadis itu yang ke 23, surat itu dikirimkan bersama bunga, telekung dan mikrofon sebagai hadiah hari lahir gadis itu oleh seseorang yang dibayar upah oleh lelaki itu sebagai tanda kenangan. Telekung itu diberi sebagai simbolik hidayah (petunjuk) supaya setiap kali gadis itu solat akan mengingati Allah dan setiap kali menggunakan telekung itu akan mengingati lelaki itu. Mikrofon atau alat pembesar suara pula sebagai simbolik tanggungjawab sudah semakin besar dan tanda tahniah kerana gadis itu bakal melapor diri sebagai guru tidak lama lagi.
Surat itu telah ditulis pada 3 Oktober 2019 yang lalu yang mana tarikh itu sengaja dipilih oleh lelaki itu demi memperingati hari ulang tahun hari pertama mereka kenal pada 3 Oktober 2014 yang lalu, dan disimpan surat itu sehingga 28 Oktober 2019. Didalam surat itu mengandungi ayat seperti ini:
"Saya Akui Yang Saya Tiada Harta Yang Banyak, Tiada Kereta Yang Mewah, Tiada Rumah Yang Besar Dan Tiada Kerjaya Yang Hebat Untuk Dihadiahkan Kepada Awak, Tapi Apa Yang Saya Mampu Beri Hanyalah 5 Pesanan Yang Mungkin Berguna Untuk Awak Rujuk Suatu Hari Nanti
Pesanan 1: Ingatlah, Walau Apapun Masalah Yang Menimpa Diri Jangan Cepat Menunding Jari Kerana Setiap Masalah Yang Berlaku Sebenarnya Berpunca Dari Kelemahan Semua Pihak, Buktinya Manusia Dicipta Tiada Yang Sempurna. Jadi Untuk Menyelesaikan Sesuatu Masalah Itu, Janganlah Cari Kesalahan Orang Lain Tetapi Carilah Kesalahan Diri Sendiri Dulu Lalu Mengakui, Meminta Maaf Dan Mencari Jalan Penyelesaian. Meskipun Kesalahan Yang Dilakukan Kita Hanya Sekecil Kuman Jika Dibanding Orang Lain Namun Jika Yang Kecil Itu Dibiarkan Dan Tidak Diperbaiki Nescaya Masalah Itu Akan Berulang Lagi, Terhimpun Dan Semakin Besar Lalu Menjadi Racun Dalam Hati.
Pesanan 2: Sehebat Mana Pun Kita Nanti Jangan Pernah Meninggi Diri, Kerana Sebelum Kita Menjadi Seorang Yang Hebat Ada Ramai Orang Yang Tidak Hebat Pernah Berkorban Masa, Wang Dan Tenaga Demi Menyokong Dirimu Dalam Proses Menjadi Seorang Yang Hebat.
Pesanan 3: Jadilah Diri Sendiri, Jangan Pernah Mengeluh Melihat Kebahagiaan Orang Lain, Dan Jangan Cemburu Dengan Kesenangan Orang Lain Kerana Setiap Orang Allah Sudah Tentukan Rezeki Dan Kebahagiaan Tersendiri Dan Ianya Berbeza-beza. Yang Membezanya Hanya Bersyukur Atau Tidak Bersyukur Saja. Yang Paling Penting Jadi Diri Sendiri Dan Jangan Mudah Termakan Hasutan Orang Lain.
Pesanan 4: Setiap Perkara Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah, Manusia Tidak Akan Belajar Dan Membesar Tanpa Pengalaman. Sesungguhnya Benar Kata Orang Tua-tua, Pengalaman Mendewasakan Kita.
Pesanan 5: Mungkin Orang Zaman Sekarang Ramai Sudah Hidup Senang, Jadi Ada Setengah Orang Berkata Zaman Sekarang Dengan Adanya Wang Kita Sudah Mampu Membeli Kebahagiaan, Tetapi Hakikatnya Wang Itu Tidak Akan Pernah Cukup Untuk Membeli Sebuah Kenangan.
Happy Birthday,
03 OKTOBER 2019
DIARI SEORANG LELAKI MISKIN
Subscribe to:
Posts (Atom)
Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Bersama Meor Fazrul (Cikgu Meow)
Jom tonton Meor Fazrul (Cikgu Meow) bersama Mr. Musashi Kun (Kucing BSH) dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 16 November 2021 (Selasa)....
-
Prinsip Pengurusan Definisi Penjawatan / Pengambilan Kakitangan (Staffing) Pengambilan Pekerja / Penjawatan (Staffing) a...
-
PROFIL P ERUNDING (MEOR FAZRUL / CIKGU MEOW ) NAMA : Meor Muhamad Fazrul Adly Bin Meor Fuad TARIKH LAHIR : 17 Februari 1...