The Major Leadership Theories
1. "Great Man" Theories
(Keyword: Born To Be A Great Leader, Tawarkan Diri)
- CONTOH 1: Ketika perjumpaan kelas BFM1 diadakan bagi mencadang, melantik dan membentuk carta organisasi kelas, Penasihat Akademik membuka ruang untuk pelajar kelas BFM1 mencadang calon ketua kelas tetapi tiba-tiba, Ali seorang pelajar kelas itu bangun nak cadangkan dan tawarkan dirinya untuk menjadi ketua kelas itu lalu mendapat persetujuan majoriti kelas maka Ali dilantik menjadi ketua kelas BFM1.
- CONTOH 2: Madaline dan Shamsul adalah juruteknik yang ditugaskan menyelenggara kemudahan elekrik di sebuah Hotel, pada suatu hari itu ketika mereka berdua sedang membaik pulih lampu yang rosak di tempat letak kereta Hotel, mereka ternampak Encik Ali iaitu majikan sedang mengangkat banyak barang keluar dari keretanya, Madaline secara sukarela tawarkan diri tanpa diminta untuk pergi tolong Encik Ali angkat barang, manakala Shamsul tawarkan diri untuk bantu Madaline siapkan saki baki kerja membaik pulih lampu rosak itu. Ini membuktikan berdua pengamal teori Pemimpin jenis Great Man.
2. Trait Theories
(Keyword: Born To Be A Genius Leader, Care, Prihatin, Berkorban, Sebab Dia Paling Kreatif Jadi Ideanya Itu Membuatkan Dia Perlu Jadi Pemimpin, Dilahirkan Terus Bijak Dan Tahu Memimpin Seperti Sudah Berpengalaman Lama Dalam Bidang Kepimpinan)
- CONTOH 1: Syahin seorang tukang paip upahan, ramai pelanggan suka memanggil Syahin untuk datang baiki paip yang rosak di rumah mereka kerana servis yang Syahin tawarkan berharga murah kerana menggunakan barang kitar semula sahaja. Niat Syahin membuat perniagaan itu adalah untuk bantu orang yang mahu baiki paip tetapi memiliki peruntukan kewangan yang sikit, dengan cara menggunakan barang kitar semula dan kreativiti diri, Syahin kini mampu menyelesaikan banyak masalah kerosakan paip yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan kos yang tinggi.
3. Contingency Theories(Keyword: Spare, Perkara Diluar Jangkaan, Terpaksa, Terdesak, Tiada Pilihan, Menawarkan Diri Berdasarkan Situasi Yang Mendesak)
- CONTOH 1: Situasi ini berlaku ketika di medan peperangan, semua ketua perang sudah mati dan pasukannya hampir tewas, hanya tinggal anak buah sahaja, salah seorang daripada anak buah itu terpaksa jadi ketua baru untuk memimpin pasukannya untuk selamatkan diri dari serangan musuh dan merangka rancangan untuk keluar dari medan perang lalu berlindung ditempat yang selamat. Anak buah yang mengetuai pasukan itu memiliki teori Pemimpin jenis ini.
4. Transactional Theories
(Keyword: Exchange Theories, Menjanjikan Ganjaran Jika Capai Sesuatu, Denda Kalau Tak Patuh Sesuatu)
- CONTOH 1: Pensyarah menjanjikan pelajarnya lulus subjeknya jika siapkan tugasan serta menuruti peraturan kelasnya. Jika gagal turuti peraturan kelasnya seperti hadir lewat ke kelas, pelajar itu akan diberi arahan untuk keluar dari kelasnya. Ini dapat memotivasikan pelajarnya agar memberi fokus dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu serta memberi komitmen yang besar untuk kuasai subjek yang diajar pensyarah itu.
- CONTOH 2: Coach Izzul seorang jurulatih bola sepak, Izzul menjanjikan kemenangan untuk pasukan bola sepak JDT sekiranya para pemain pasukan bola sepak JDT itu mengikuti semua latihannya dan memberi kerjasama yang padu terhadap pimpinannya. Sekiranya pasukan itu gagal memenuhi kehendak dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Izzul, Izzul berkata bukan sahaja tiada sebarang pencapaian buat pasukan itu malah denda berjoging tanpa rehat selama 2 jam akan turun dikenakan sebagai hukuman untuk pasukan itu. Secara tidak langsung pasukan JDT dapat memotivasikan diri untuk berlatih bersungguh-sungguh dan menuruti aturan Izzul lalu memenangi banyak perlawanan bola sepak.
5. Behavioral Theories
(Keyword: Berdasarkan Sikapnya, Kepimpinan Yang Melibatkan Perubahan Sikap, Fokus Kepada Antara Hasil Kerja Atau Nilai Kemanusiaan)
i) OCTOCRATIC (Kuku Besi: If I Want "X" You Have To Produce "X" No Excuse, Tak Nak Ambil Tahu Hal Lain Selain Kerja)
i) OCTOCRATIC (Kuku Besi: If I Want "X" You Have To Produce "X" No Excuse, Tak Nak Ambil Tahu Hal Lain Selain Kerja)
- CONTOH: Puan Nurul seorang majikan yang sangat lembut dan boleh dirunding, tetapi suatu hari itu Nurul tegas dan tidak berlembut dengan pekerjanya Ali kerana melakukan kesilapan, Ali meminta maaf dan cuba jelaskan punca kesilapan yang berlaku, Nurul tidak mahu dengar apa jua alasan lalu meminta Ali menyiapkan kerjanya semula hari ini juga.
ii) DEMOCRATIC (Boleh Dipertimbangkan)
- CONTOH: Mr. Kuhan adalah majikan sebuah syarikat servis Penyelenggaraan Umum yang sangat ramah, pada suatu hari Shafiq jurutekniknya selesai kerja awal lalu berborak dengan Kuhan, secara tidak sengaja Shafiq melafaskan kata "Bosan pula kerja habis awal", lalu secara pantas Kuhan yang tenang memberi Shafiq tugas tambahan untuk Shafiq siapkan.
- CONTOH: Mr. Kuhan adalah majikan sebuah syarikat servis Penyelenggaraan Umum yang sangat ramah, pada suatu hari Shafiq jurutekniknya selesai kerja awal lalu berborak dengan Kuhan, secara tidak sengaja Shafiq melafaskan kata "Bosan pula kerja habis awal", lalu secara pantas Kuhan yang tenang memberi Shafiq tugas tambahan untuk Shafiq siapkan.
iii) LEASURE-FAIR (Tak Kisahlah Apa Nak Jadi, Janji Siap Kerja)
- CONTOH: Adib seorang Pegawai atasan Pejabat Tanah, Adib meminta pembantunya Syahmi menghantar sebuah dokumen penting kepadanya pada esok hari iaitu Khamis, namun Syahmi terlepas pandang lalu terlupa hantar dan menghantar dokumen itu lewat sehari iaitu Jumaat. Dengan tenang Adib menerima dokumen itu tanpa sebarang isu berlaku dan mengangap tugasnya itu sudah selesai.
terboek lah ada contoh lagi
ReplyDelete