KISAH CIKGU MEOW DAN MISTERI TANGISAN 3 PAGI
Bila dah semakin sibuk, Cikgu Meow (CM) jarang menulis dan berkongsi kisah, tapi entah kenapa kali ini CM nak kongsi satu kisah benar yang CM rasa semua orang perlu tahu dan ambil iktibar
Tapi sebelum apa-apa berlaku, CM nak beri AMARAN!
JANGAN BACA JIKA TIDAK KUAT!
Sebab anda masih berdegil nak baca, jangan kata CM tak bagi amaran ya, kisah seram sejuk begini memang lain macam kalau baca ketika bersendirian.
Humm nampak gayanya anda betul-betul nak baca juga, baiklah kalau itu yang anda mahu, maka bermulalah KISAH CM DAN MISTERI TANGISAN 3 PAGI...
----------------------------------------->
CM senang cerita memang selalu dijadikan pusat rujukan ramai pihak, selain perihal bisnes, pengurusan, kucing, dan hartanah, kadang masalah peribadi pun orang selesa untuk berkongsi dan dapatkan pandangan daripada saya.
Nak dipendekkan cerita, pada suatu malam, tepat jam 11 malam, ketika CM sedang sibuk meneliti dokumen kewangan syarikat CM, Meor Legacy di bilik rumah CM, CM rasa ada bunyi orang selongkah barang diruang tamu, CM yang bersendirian dirumah memang terkejutlah, CM pun perlahan-lama berjalan dari bilik menuju ke ruang tamu untuk memeriksa apa yang sedang berlaku di ruang tamu.
Keadaan ruang tamu agak gelab, CM cuba meraba dinding mencari suis lampu, tapi tak jumpa-jumpa. Tiba-tiba, ada kelibat lalu dihadapan CM, ianya seolah olah berlari dengan sangat laju, CM cuak dengan pantas menoleh ke kiri melihat arah kelibat itu, lebih memeranjatkan bila CM ternampak kelibat gelap itu seperti makhluk yang berbulu, dengan keadaan yang menggelabah CM segera raba dinding laju-laju sehingga berjaya menghidupkan lampu ruang tamu. Alangkah terperanjatnya apabila dapat tahu kelibat berbulu yang berlari-lari itu adalah Musashi, seekor kucing British Shorthair (BSH) yang CM bela. Huhu
Ok baiklah diatas ini baru pemanas enjin saja, kisah betul belum mula, kali ini serius CM tulis betul-betul. Huhu
Jadi selepas dapat tahu Musashi yang main lari-lari diruang tamu, biasalah kucing BSH memang akan aktif selepas dia bangun dari tidur, jadi CM terus kembali ke bilik dan menghadap laptop, sambung semula tugasan semakan dokumen.
CM yang pada masa itu memang nak siapkan terus kerja tertangguh, terlalu fokus sehingga tak sedar jam sudah mencecah 3 pagi. Sedang asyik buat kerja, tiba-tiba kedengaran nada dering telefon CM yang memang CM khaskan untuk buat bisnes, mulanya CM taknak layan sebab boleh nampak jam 3 pagi takkan nak angkat panggilan, tapi disebabkan panggilan masuk dari nombor yang sama berulang-ulang kali, CM buat keputusan untuk angkat.
saya tak pasti siapa, tetapi ada seorang lelaki yang kemungkinan junior saya atau bekas peserta seminar saya, sebab dia panggil saya Cikgu Meow, maknanya dia memang dah kenal saya, lelaki misteri itu
Bayangkan jam 1 pagi tengah dok fokus urus dokumen kewangan tiba² fon bisnes berbunyi dan bila angkat dengar suara garau menangis, mau menggelupor saya dibuatnya
(BERSAMBUNG ESOK)
No comments:
Post a Comment