Sunday, December 6, 2020

2 Teknik Format Menulis Artikel SEO

 

2 Teknik Format Menulis Artikel SEO Mempengaruhi RankBrain




Dalam penulisan ini saya akan dedahkan 

8 Teknik Menulis Artikel Bagi Meningkatkan Kadar Pembaca Meluangkan Masa di Website.


Hal ini penting supaya mereka mudah masuk tetapi tidak mudah untuk lari keluar.

Malah mereka ulang baca dan ulang tiba.

Masa pelawat di artikel On Page SEO puratanya 5 minit 44 saat.

(Kebanyakkan orang memang takkan baca lebih daripada masa diatas kerana jika terlebih maka mereka akan mula merasa bosan dan keletihan otak)


Teknik yang bakal anda baca di bawah kebanyakannya bagus dan berkesan, jika anda rajin buat tanpa biarkan rasa malas menghantui diri.

Teknik tulis artikel ini tidak memerlukan sebarang tools yang pelik dan ajaib. Sekarang saya perturunkan kepada anda petua rahsia ini. 


Kita mulakan sekarang.



Pasti anda pelik, kenapa nama teknik ini Website Kurus?

Berdasarkan CONTOH 1.0 di bawah, mari kita buat eksperimen.

Selepas eksperimen ini anda akan terus faham apa maksudnya.
Baca Ayat A dan Ayat B.


CONTOH 1.0

Manakah yang lebih mudah dibaca?
A atau B ? ……………

Mestilah "B" betul? Ooooyeeeahhh!

Ok Clever! kita sambung lagi..

Baiklah mari saya jelaskan

Apabila kita membaca, kita baca dari kiri ke kanan. Mata kita bergerak dari kiri ke kanan, satu persatu. Betul?


Apabila ayat pendek seperti dalam contoh Ayat 2, mata kita suka, otak kita cepat tangkap gambaran ayat.

Senang dan tidak tertekan ketika membaca.

Berbeza apabila contoh Ayat 1 yang ditunjukkan, mata kita bekerja keras untuk membacanya, perlu baca dengan teliti dan makan masa untuk faham.

Susah dan boleh wujud tekanan ketika membaca.

Jadi, dalam CONTOH 1.0 diatas, saya hanya tunjukkan contoh ayat-ayat yang masih ditahap pendek, cume yang membezakannya hanyalah ayat kompleks ataupun santai.

Anda boleh fikir dan menilai sendiri, letakan diri anda sebagai pembaca. Kalau ayat pendek seperti Ayat 1 dalam CONTOH 1.0 pun anda sudah rasa tidak seronok ketika membaca, bagaimana kalau sebuah artikel pula yang sudah jamin panjang lebar?

Sekejap, cuba dulu baca ayat panjang pula dalam CONTOH 1.1 di bawah, biar kita rasa sendiri macam mana.

Cuba baca CONTOH 1.1 di bawah ini pula.


CONTOH 1.1

"Eh berapa ramai yang baca CONTOH 1.1 di atas?"
Tak larat kan?

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan dalam teknik pertama iaitu Teknik Website Kurus adalah kuruskan lebar website itu dengan cara membuang segala lemak ayat yang hanya membebankan dan memberatkan sebuah copywriting website itu.

Jangan biarkan lemak ayat sampai jadi obesiti, nanti dah kritikal baru kelam kabut nak kurus. Faham? 

Kelebaran optimum adalah 400-700 pixels. 

Jika kita lihat website Neil Patel dibawah, lebarnya adalah 700 pixels.


WEBSITE NEIL PATEL



Kemudian cuba lihat website Appsumo di bawah pula, lebarnya hanya 570 pixels.


WEBSITE APPSUMO


Bagaimana Nak Kuruskan Website?

Proses ini berbeza mengikut theme yang digunakan, jadi saya tak dapat nak tunjuk langkah demi langkah.

Cuma andai tidak dapat menguruskan lebar website, jangan bimbang.

Guna teknik kedua iaitu Teknik Bukit Bukau.

Tapi sebelum kita sambung lagi!


Urut-urut kepala sikit, ok cukup jom kita sambung ke teknik kedua di bawah.





Sekarang kita akan lakukan sedikit aktiviti.

Lihat teks C dan D. 

Baca C dahulu dan kemudian D.





Sudah?


Sekarang, bayangkan begini...

Letakkan noktah pada awal ayat dan setiap hujung ayat.

Kemudian bina satu garisan yang menyambungkan noktah itu.

Anda akan dapati di teks C, satu bangunan terbentuk.

Manakala di teks D, ada bukit bukau.






Apabila audien baca teks C, lama kelamaan mata audien penat.

Tulisan jenis teks C cenderung jadi panjang. Meleret-leret dan membosankan

"Kenapa bosan?"

Sebab susunannya sama.

Apabila sesuatu itu sama saja, manusia cepat bosan

Berbeza di teks D.
Hujungnya berbeza-beza noktah
Lalu pattern-nya juga berubah-rubah.
Secara diam-diam, audien jadi seronok membaca artikel. 

"Hummm... ada satu perkara saya nak beritahu"

Anda sudah baca sampai ke sini.

Tahniah. 

Artikel ini ditulis menggunakan Teknik Bukit Bukau.


Menarik?

Boleh faham ke tak setakat ni?

Kalau faham dan rasa berguna..

Jom support Facebook Page saya, beri review..

InsyaAllah saya akan kongsi banyak lagi ilmu jika anda terus menyokong saya..







1 comment:

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Bersama Meor Fazrul (Cikgu Meow)

  Jom tonton Meor Fazrul (Cikgu Meow) bersama Mr. Musashi Kun (Kucing BSH) dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 16 November 2021 (Selasa)....